Monday 30 May 2011

Mengandungkan anak pertama...check-up dan bersalin dimana?

Setiap ibu yg pertama kali mengandungkan anak pertama pasti rasa sgt gembira. Apatah lagi kalau anak itu anak yang ditunggu-tunggu slps beberapa tahun kahwin. Ummi siti sendiri skrg pregnant anak pertama selepas setahun perkahwinan ( lepas berdoa dan usaha). Alhamdulillahhhh….
Setakat ni regular check-up di klinik kerajaan au2 keramat. Check-up kat klinik kerajaan memuaskan cuma perlu tunggu giliran lama sikit la. Staff nurse baik2 dan sesetengah perkara klinik kerajaan lebih detail berbanding private hospital. First day g check-up, kita sudah diberi penerangan tentang penyusuaan susu ibu, check darah, gula, body weight, stomach check dan sebagainye. Sekarang ummi siti dah masuk minggu ke 34 kehamilan. So, ummi siti sudah pilih Al-islam Specialist, kg baru untuk bersalin nanti..insyaAllah. Ada banyak sebab ummi siti pilih hospital ni.
Pertama, sebagai orang islam WAJIB bagi kita cari doctor perempuan utk sambut kelahiran, melainkan dalam keadaan terpaksa baru boleh lelaki atau tidak berkemampuan. Kalau di hospital kerajaan, ummi siti tak boleh pilih doctor.
Ke-2, Al-islam specialist ni suasananya agak islamik, sejuk hati duduk kat hospital ni. Radio hanya pasang lagu-lagu islam atau bacaan ayat al-Quran shj. Lagipun dekat dengan masjid, senang suami nak pegi solat.
Ke-3, tempat makan banyak. So, senang suami nak cari makan dan banyak pilihan.
Ke-4, sebab lokasi yang dekat dengan tempat kerja dan rumah.
Ke-5, doctor sgt baik dan mesra. Ada 2 orang doctor perempuan kat situ, dr rosilawati dan doctor Norlida. Ummi siti jumpa Dr Rosilawati, dia baik dan mesra dan very informative. Doktor kat situ hanya akan operate jika ibu memang betul2 tak blh bersalin normal ( lps try byk kali la ).
Ke-6, kwn2  ummi siti ramai bersalin kat situ dan bagi feedback yg bagus. Antara komen kwn2, lepas baby kuar dia akan diberi minum air zam-zam, uri pihak hospital yg cucikan, ada cenderahati sikit dari pihak hospital dan sebagainye. Bayaran pun tak semahal private hospital yg lain. Ada pakej tuk ibu yg bersalin…buka website al-islam specialist tuk tgk pakej tu, amat berpatutan.
Walau kat hospital mana pun bersalin, yg penting doa dan bertawakal pada Allah supaya dipermudahkan bersalin.

No comments:

Post a Comment