Thursday, 16 June 2011

Senarai Barangan yang perlu disediakan untuk bersalin di hospital

Salam..

Apabila kandungan sudah 32 minggu ke atas/ 8 bulan, seelok2nya ibu2 sudah menyiapkan beg pakaian dan barangan untuk ke hospital. Beg pakaian perlu disiapkan awal supaya tak kelam kabut bila2 masa nak bersalin nnt. Senarai barangan ni ummi siti dapat dari pengalaman kawan2 dan keluarga ummi siti sendiri.

1. Diri sendiri.

    - Tuala mandi ( sehelai )
    - Surah yaasin/ buku doa untuk permudah bersalin, tenangkan hati
    - Air selusuh/ bunga siti fatimah ( jika ada )
    - Baju untuk salin ( 3 helai )
    - Kain batik ( 2 helai )
    - stokin ( 2 helai )
    - Coli untuk menyusu ( 3 helai )
    - Seluar dalam ( 5 helai )
    - Maternity pad ( 5 keping )
    - Baju kurung/ jubah/ t-shirt labuh ( sehelai utk pakai masa balik )
    - Barangan mandian ( sabun, ubat gigi, dll )
    - Tudung
    - Sweater ( spare klu sejuk )
    - Buku mengandung
   

2. Bayi

    - Tuala mandi ( sehelai )
    - Tuala kecil ( untuk lap mulut bayi )
    - 3 pasang baju lengan panjang dan seluar panjang
    - 3 pasang sarung tangan dan kaki
    - Sepasang baju dan seluar untuk balik
    - 3 helai diapers
    - 3 helai kain napkin ( untuk bedung bayi )
    - 3 helai barut
    - sehelai selimut bayi
    - Barangan mandian bayi
    - Air zam-zam dan kurma

3. Suami

   - Sijil nikah ( original & copy )
   - IC ( original & copy )
   - Surat GL ( if ada insurans by company/ govern )
   - Camera/ videocam
   - Pakaian untuk salin
  
4. Pesanan tambahan

    - Seelok2nya, beg yg dah disiapkan letak terus dlm kereta sbb nak pegi hospital mesti naik keta.
    - Suami kena sediakan plastik beg sampah ( hitam atau biru ) dlm kereta. Plastik beg persediaan kalau2
       isteri pecah ketuban, guna untuk lapik seat kereta takut basah dan berbau.
  

Monday, 6 June 2011

Panduan senarai barangan keperluan bayi ( especially first baby)


Salam...bagi ibu2 yg menyambut kelahiran bayi pertama mesti pening kepala fikir apa barangan yg perlu di beli kan? Ummi siti ada cadangan senarai barangan yg perlu disediakan ( utamakan yg perlu dlu), dengan budject yg sederhana. Beli barangan yg perlu dlm tempoh 1 bulan ni dlu k..baby makin besar, beli sikit2 barang2 lain.

Senarai  Keperluan
Anggaran
1.       Pakaian bayi
-          Baju lengan panjang
-          Baju lengan pendek
-          Seluar panjang
-          Seluar pendek
-          Sarung tangan + kaki
-          Barut bayi    
-          Lampin kain ( 100% cotton)
-          Pampers ( new born )   
-          Kain bedung baby
-           Topi                                                                                  

10 pasang
10 pasang       
10 pasang
 10 pasang     
10  pasang
 5 helai
10 helai
1 bungkus
2 helai
2
2.       Keperluan Penyusuan bayi dan ibu
-          Botol susu ( free BPA )
-          Puting susu ( anti-colic )
-          Berus botol
-          Pam susu ibu ( ikut kemampuan manual @ letrik, jenama yg ramai orang rekemen Avent/medela )

2 botol
2
1 batang
1 set
3.       Barangan mandian
-          Besen mandian
-          Blue mat ( lapik getah )
-          Body + hair shampoo ( beli kecil2)
-          Baby oil    ( kecil )                              
-          Bedak bayi ( kecil )
-          Tuala Mandi
-          Tuala kecil
-          Cotton buds
-          Cotton ball

1 buah
1 helai
1
1
1
2 helai
4 helai
1 bungkus
1 bungkus
4.       Keperluan tempat tidur
-          Tilam+ bantal panjang + bantal kecil
-          Cadar ( 100% cotton )
-          Kelambu
-          Selimut baby

1 set
2 pasang
1 helai
1 helai
5.       Barangan lain-lain
-          Beg baby ( yg ada bahagian letak botol)
-          Almari pakaian baby
-          Car seat
-          Kereta sorong

1 beg
1 buah
1 buah
1 buah

Monday, 30 May 2011

Mengandungkan anak pertama...check-up dan bersalin dimana?

Setiap ibu yg pertama kali mengandungkan anak pertama pasti rasa sgt gembira. Apatah lagi kalau anak itu anak yang ditunggu-tunggu slps beberapa tahun kahwin. Ummi siti sendiri skrg pregnant anak pertama selepas setahun perkahwinan ( lepas berdoa dan usaha). Alhamdulillahhhh….
Setakat ni regular check-up di klinik kerajaan au2 keramat. Check-up kat klinik kerajaan memuaskan cuma perlu tunggu giliran lama sikit la. Staff nurse baik2 dan sesetengah perkara klinik kerajaan lebih detail berbanding private hospital. First day g check-up, kita sudah diberi penerangan tentang penyusuaan susu ibu, check darah, gula, body weight, stomach check dan sebagainye. Sekarang ummi siti dah masuk minggu ke 34 kehamilan. So, ummi siti sudah pilih Al-islam Specialist, kg baru untuk bersalin nanti..insyaAllah. Ada banyak sebab ummi siti pilih hospital ni.
Pertama, sebagai orang islam WAJIB bagi kita cari doctor perempuan utk sambut kelahiran, melainkan dalam keadaan terpaksa baru boleh lelaki atau tidak berkemampuan. Kalau di hospital kerajaan, ummi siti tak boleh pilih doctor.
Ke-2, Al-islam specialist ni suasananya agak islamik, sejuk hati duduk kat hospital ni. Radio hanya pasang lagu-lagu islam atau bacaan ayat al-Quran shj. Lagipun dekat dengan masjid, senang suami nak pegi solat.
Ke-3, tempat makan banyak. So, senang suami nak cari makan dan banyak pilihan.
Ke-4, sebab lokasi yang dekat dengan tempat kerja dan rumah.
Ke-5, doctor sgt baik dan mesra. Ada 2 orang doctor perempuan kat situ, dr rosilawati dan doctor Norlida. Ummi siti jumpa Dr Rosilawati, dia baik dan mesra dan very informative. Doktor kat situ hanya akan operate jika ibu memang betul2 tak blh bersalin normal ( lps try byk kali la ).
Ke-6, kwn2  ummi siti ramai bersalin kat situ dan bagi feedback yg bagus. Antara komen kwn2, lepas baby kuar dia akan diberi minum air zam-zam, uri pihak hospital yg cucikan, ada cenderahati sikit dari pihak hospital dan sebagainye. Bayaran pun tak semahal private hospital yg lain. Ada pakej tuk ibu yg bersalin…buka website al-islam specialist tuk tgk pakej tu, amat berpatutan.
Walau kat hospital mana pun bersalin, yg penting doa dan bertawakal pada Allah supaya dipermudahkan bersalin.

Tuesday, 24 May 2011

cara mudah buat blog

salam semua...

Syukur alhamdulillah, akhirnya cita2 nak ada blog sendiri telah tercapai. Actually ini first time belajar buat blog, ingatkan susah buat blog rupanya senang je..maklumla kan buta IT sikit.. Bagi yang first time nak belajar buat blog, ummi siti nak share sikit cara ummi siti start buat blog sendiri ni...

Kalau nak cara yg 'free of charge' :-

1. Melalui youtube. Cuma taipkan aje kat youtube ' tutorial cara buat blog' atau 'cara mudah buat blog' atau apa  sahaja berkaitan membuat blog. Ada banyak video yg ditunjukkan dlm youtube tuk buat blog.

2. Minta tolong kawan2/ adik-beradik/ sedara mara ajarkan. Cara ni paling senang dan selesa tuk belajar buat blog ni..

Kalau ada duit lebih:-

1. Pergi kursus buat blog. Aritu ada surf kat internet tuk cari kelas/kursus buat blog ni, tapi ummi siti susah nak pegi kursus sebab komitmen keje. Kadang2 sabtu atau ahad kena keje..Bagi yg ada masa boleh pegi kursus buat blog/website, kita diajar dgn lebih detail cara nak edit blog dsb...

2. Beli buku atau ebook. Sekarang byk buku2 yg mudah kita nak cari cara2 nak buat blog. Salah satu yang ummi siti jumpa ebook kat www.KelasBlogger.com..try laa...

Harap sedikit info ummi siti ni boleh jadi panduan bagi kawan2 yg first time nak buat blog...info ni dari pengalaman ummi siti sendiri. kalau ada sebarang sgt di alu-alukan. TQ